Friday, 3 May 2013

PENGISIAN DATA SARINGAN 1 (DARJAH 1, 2 DAN 3) TAHUN 2013

Semua Guru Besar/Penyelaras LINUS
Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat

PERHATIAN :

Tarikh pengisian data murid di Portal NKRA bagi SARINGAN LINUS (Literasi BM dan Numerasi) :

Saringan 1 - Tahun 1
Saringan 1 - Tahun 2 - 6 hingga 15 Mei 2013
Saringan 1 - Tahun 3

1. Pegawai FasiLINUS dan Penyelaras LINUS di sekolah perlu memastikan semua guru yang terlibat dengan pengisian data murid mengisi data murid di LINUS 2.0

2. Id Pengguna dan Katalaluan untuk PPD dan sekolah masih sama seperti di LINUS 1.0

3. LINUS 1.0 disediakan untuk memberi kemudahan kepada KPM/JPN/PPD/Sekolah untuk muat turun keputusan data murid ketika Saringan LINUS dari TAhun 2010 hingga 2012.

4. Senarai nama murid untuk pengisian data Saringan LINUS adalah dimuat turun senarai nama dikemaskini di dalam APDM.

5. Keputusan Saringan 'Baseline' untuk Literasi Bahasa Inggeris TIDAK PERLU diisi ketika tempoh masa pengisian data murid untuk LITERASI BAHASA MELAYU DAN NUMERASI.

Pegawai FasiLINUS di semua JPN & PPD dikehendaki membimbing dan membantu guru di sekolah bagi pengisian data murid bagi Saringan LINUS sekolah seliaan masing-masing.

Sebarang masalah boleh rujuk pada En.Mohd Shukri Bin Marof, Pegawai FasiLINUS (012-7925295) di PPD Batu Pahat.

Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment

Post a Comment